Saturday, July 10, 2010

Menentang Penyalahgunaan & Pengedaran Dadah

FIKIRKAN KESIHATAN - BUKANNYA DADAH
 (Tema )

Hai semua pembaca dan pengunjung tetap halaman ini, selamat sejahtera dan semoga semuanya beroleh keceriaan dan sehat-sehat sentiasa.  Terima kasih kerana menjadi pembaca pada halaman blog saya.

Hari ini Jumaat, pada pagi ini ada sedikit masa untuk mendraf artikel untuk diposkan ke halaman saya pada hari ini iaitu Menentang Penyalahgunaan Dan Pengedaran Dadah; samentara menantikan masa untuk mengambil balik anak-anak saya yang tersayang pulang dari kelas tambahan dan yang satu lagi dari kelas IQRA.

Sengaja saya meletakkan tip ini (iaitu Senarai Jenis-Jenis Dadah)  ke muka surat (page) yang khusus supaya senang di cari melalui - gadget- ditepi blog ini.

Sila Lawati:

Saya lakukan ini semata-mata untuk mengingatkan semuanya terutama pada diri saya sendiri, anak-anak dan keluarga saya yang di sayangi.  Semoga mereka terhindar dari perkara yang meruntuhkan akhlak ini.

Maklumat ini saya dapati dari akhbar resmi di negara saya sempena memperingati ``Hari Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram``dan saya ingin sekali mengongsikan bersama  mereka yang inginkan peringatan dan kepada pembaca-pembaca yang tidak ada kesempatan untuk membacanya dari akhbar berkenaan.

Didalam ``page -  Jenis-Jenis Dadah`` Saya hanya menyenaraikan jenis-jenis dadah, nama-nama lain yang digunakan, kesan sertamerta, kesan jangka panjang dan hukuman-hukuman mengikut akta.

Sabenarnya sejak tahun 1956 lagi sudah ada langkah pengawalan di negara saya sehingga sekarang pemantauan diketatkan lagi, semua pihak bertanggungjawab untuk sama-sama memantau dan melapurkan sebarang tanda-tanda penyalahgunaan dadah.  Tanda-tanda kesan  sampingan penyalahgunaan dadah dapat diketahui berpandukan dari tip di ``page:  - http://najwatip.blogspot.com/p/senarai-jenis-dadah.html .

Saperti yang di katakan dalam akhbar berkenaan lebih kurang 200 juta orang diseluruh dunia menggunakan dadah-dadah haram, iaitu bersamaan dengan 5% daripada penduduk global yang berumur di antara 15-64 tahun. 


Saya  bimbang sekali dengan taktik pengedaran masa kini. Mereka menggunakan taktik yang mana orang ramai tidak menyedarinya kerana sering menggunakan perangkap dengan ganjaran yang memang disukai oleh orang ramai. Dari itu berhati-hatilah terutamanya apabila melancung keluar negeri - pastikan semua beg dikunci supaya tidak memudahkan sindekit memasukkan apa-apa yang ditegah serta jangan terlalu baik hati untuk membawa pesanan atau kiriman daripada orang yang tidak dikenali dan tanpa mengetahui apa yang ada didalamnya.


Sekian  sampai jumpa lagi....








~~~~***~~~~