Loading...

Sunday, May 1, 2011

KOLESTROL

Lemak kolesterol yang tinggi di dalam badan akan melekat pada saluran darah dan menjadikan saluran darah sempit dan tersekat.  Ini boleh menyebabkan serangan penyakit jantung koronari.

Kawal dan kurangkan lemak kolesterol dengan menjadikan nasihat di dalam artikel ini sebagai panduan pemakanan awak setiap hari.  Kurangkan berat badan yang berlebihan dengan mengamalkan pemakanan seimbang.  Jangan jadikan panduan ini untuk seminggu dua sahaja - bahkan untuk usaha yang berterusan.


  • KURANGKAN LEMAK
Kurangkan makanan bergoreng, hadkan kepada 1 - 2 kali seminggu.  Banyakkan masakan panggang, kukus, "microwave" dan rebus.

Elakkan makanan yang mengandungi banyak lemak atau minyak; keropok, kek, biskut krim, coklat, ais krim, dan mayonis.  Beli isi daging dan buang lemaknya.  Elakkan jenis daging yang berlemak saperti itik, kambing dan daging yang diproses; sosej dan "cornbeef".   Gunakan produk yang berlabel ' rendah lemak'.  Gantikan susu cair atau pekat manis kepada susu segar rendah lemak atau susu krim di dalam kopi, teh dan minuman lain.

  • KURANGKAN LEMAK TEPU
Lemak tepu meninggikan paras kolesterol.  Lemak tepu didapati terutamanya daripada lemak haiwan, kulit ayam, tenusu, mentega, santan dan minyak kelapa sawit.  Oleh itu, elakkan daripada menggunakan  lemak tepu didalam masakan.  Elakkan minyak kelapa sawit, santan atau minyak sapi.  Gunakan minyak atau majerin yang berlabel ' lemak tidak tepu ' saperti "polyunsaturted" atau "monounsaturated".

  • GANTIKAN MINYAK TEPU KEPADA LEMAK TIDAK TEPU
Lemak tidak tepu (polyunsaturated / monounsaturated) boleh mengawal kolesterol di dalam darah.

DI SYORKAN:
 (Lemak / minyak tidak tepu)
Minyak Zaitun
Minyak Canola
Minyak Bunga Matahari
Minyak Jagung
Minyak Kacang Soya
Majerin yang berlabel "polyunsaturated atau monounsaturated"
Ikan-ikan saperti terubok, belanak, tamban, sardin, tuna, tenggiri dan ikan merah.

DI BOLEHKAN:
Mentega Kacang
Semua jenis ikan

ELAKKAN:
(Lemak/minyak tepu)
Minyak Kelapa Sawit
Minyak Sapi 
Mentega
Kaya
Santan dan Kerisik

  • KURANGKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI KOLESTEROL
Makanan yang mengandungi kolesterol mungkin menyebabkan tingginya paras kolesterol di dalam darah awak saperti:

Telur (hadkan kepada 3 biji seminggu)
Belacan
Udang dan udang kering
Pusu 
Sotong
Ketam
Telur Ikan
Kerang-kerangan
Daging organ (hati, hati buyah, buah pinggang, otak, jantung)






  • BANYAKKAN MAKANAN BERSERAT ( " Fibre ")

Makan sekurang-kurangnya:  2 - 3 hidangan buah-buahan dan 2 - 3 hidangan sayur-sayuran sehari.  pilih roti paun mil penuh ( " wholemeal "), biskut mil penuh dan beras merah.

Makanan yang mengandungi SERAT LARUT " SOLUBLE FIBRE" boleh mengurangkan kolesterol didalam darah awak.  Serat larut boleh didapati daripada :

    • Amping ("poridge oat") - elakkan dari menggunakan susu pekat manis, gunakan susu rendah lemak, tanpa atau sedikit gula.
    • Kacang Kuda - rebus
    • Kacang merah dan Kacang Hijau - elakkan dari menggunakan santan.
    • Kacang  dal - elakkan santan dan minyak yang berlebihan.
    • Kacang soya - saperti "baked beans" dan bukan daripada minuman kacag soya.


Rujukan : Bahagian permakanan Masyarakat 








There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Health Tip of The Day