Loading...

Senarai Jenis Dadah

JENIS-JENIS DADAH, KESAN & AKIBATNYA

  • SYABU (Methylamphetamine) :
    • Nama Lain Syabu - Ice, Kristal, Kaca, Lauk Putih, Gula Putih, Nasi Lemak, Ajinomoto.
    • Kesan Serta-Merta - Tingkahlaku agresif, tekanan darah tinggi, berjaga tanpa tidur 2-3 hari.
    • Kesan Jangka Panjang - Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering & gatal-gatal, hilang daya ingatan & stroke atau mati.
    • Mengedar Lebih Dari 50 gram - Hukuman mati.
 
  • GANJA (Cannabis / Marijuana) :
    • Nama Lain Ganja - Serunding, Gulaian, Rumput, Pot, Grass, Sayur.
    • Kesan Serta-Merta - Khayal, tindakbalas kelakuan saperti orang mabuk, rasa cemas dan takut, mata merah, ketagihan, tekanan jiwa, halusinasi.
    • Kesan Jangka Panjang - Peribadi merosot, kerosakan otak, kerosakan di bahagian paru-paru.
    • Mengedar Lebih Dari 500 gram - Hukuman mati.

  •  HEROIN :
    • Nama Lain Heroin - Horse, Powder, Putih Tepung, Gula Ising, White.
    • Kesan Serta-Merta -  Khayal, tindakbalas kelakuan saperti orang mabuk, koma atau mati jika pengambilan berlebihan.
    • Kesan Jangka Panjang - Kerosakan gigi, gatal-gatal, hilang ingatan, masaalah pernafasan, tekanan perasaan.
    • Mengedar Lebih Dari 15 gram - Hukuman mati.
 
  • DIAZEPAM (Depresen) :
    • Nama Lain Diazepam - Blues, Biru Tp 10, Permata Biru, Ella, Butang.
    • Kesan Serta-Merta -  Hilang selera, selalu memakan gula-gula, mengantuk.
    • Kesan Jangka Panjang - Mengurangkan kegiatan urat saraf / otot / jantung / pernafasan, menurunkan tekanan darah, tidak sedar diri, anak mata membesar, tekanan darah meningkat & boleh membawa maut.
    • Mengedar  - Boleh membawa hukuman maksima 5 tahun penjara, 3 kali sebatan.
 
  • KODEIN :
    • Nama Lain Kodein - Panikol, Minyak M, Tukul, Kicap, Coke, Pepsi, Sarai, School Boy.
    • Kesan Serta-Merta - Hilang selera, Selalu memakan & meminum yang manis, mata merah & berair, selalu menguap, pening.
    • Kesan Jangka Panjang - Masaalah mental, kelakuan agresif, mengidap penyakit kecing manis, stroke & boleh membawa maut.
    • Mengedar - Boleh membawa hukuman maksima 20 tahun penjara, 10 kali sebatan. 
 
  • INHALAN :
    • Nama Lain Inhalan - Gam, Cecair Getah (Rubber Solution), Pencair Cat Paint Thinner), Pembuang Warna Kuku (Nail Polish Remover), Petrol.
    • Kesan Serta-Merta -  Kerosakan pada otak, hati & buah pinggang, mudah terluka, hilang daya ingatan, mempunyai masaalah dalam pembelajaran & daya penglihatan, kehilangan daya kawal tubuh badan, kejang, sakit & batuk teruk.
    • Kesan Jangka Panjang - Susut berat badan, pendarahan dalam otak, hepatitis B, sistem saraf tunjang rosak, gangguan paru-paru & saluran pernafasan & boleh membawa maut.
    • Menghidu sebarang bahan yang mengkhayalkan, menjual / membekalkan, jika mengetahui / mempercayai bahan tersebut  disalahgunakan - Denda B$5,000.00 atau hukum penjara 5 tahun.

~~*~~
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Health Tip of The Day