Saturday, September 25, 2010

ORGANISING EFFECTIVE MEETING




Cara-Cara Mengendalikan Mesyuarat Yang Efektif

Mesyuarat biasanya memakan banyak masa saya, tetapi ada saat-saat tertentu saja yang perlu masa yang panjang. Salah satu yang menjadi alasan kenapa mesyuarat begitu lama adalah bahawa  perancangannya tidak tersusun dan  bahan pertemuan tidak di sediakan awal.  Berikut adalah beberapa tips yang saya harap boleh membantu kepada mesyuarat yang efektif :




1. Cari Alat yang Tepat untuk Kerjasama - Tidak semua orang boleh hadir pada masa mesyuarat diadakan, tambahan pula dari luar negeri yang kemungkinan tidak dapat hadir dengan alasan tersendiri. Ada banyak alat sekarang yang boleh digunakan untuk kolaborasi dan file sharing. Carilah yang setiap orang boleh menyertai masuk Berikut adalah beberapa alat yang bisa anda gunakan:

  • Almost Meet- Sebuah alat yang membolehkan anda untuk melakukan pertemuan kumpulan, hampir seolah-olah anda bertemu secara peribadi.
  • Google Wave - Mungkin sukar, tapi kami telah menggunakannya untuk beberapa waktu tenang dan telah berkesan
  • 6Rounds - Live Rapat titik (walaupun boleh digunakan sebagai cara lain untuk berkomunikasi dan bersenang-senang dengan teman-teman).
  • Ubidesk - menyediakan ruang kerja nified untuk berkongsi jumlah gambar, kolaborasi dokumen dan pengurusan projek.
  • MeetSee - pejabat virtual anda
  • Atau lain-lain alat yang mudah dan sesuai.




2. Siapsedia -  pastikan bahawa agenda mesyuarat telah disediakan dan pastikan tidak akan melupakan butir-butir penting.


3. Menghantar Bahan atau Persembahan terlebih awal - Jika anda mempunyai bahan mesyuarat yang telah siap disediakan, cobalah untuk menghantar bahan berkenaan sebelum waktunya melalui e-mel. Ini memberi  waktu untuk ahli mesyuarat untok membacanya  dan memahaminya lebih awal sabelum bertemu. Langkah ini benar-benar akan menjimatkan banyak masa.




4. Berikan Frame Waktu untuk Mesyuarat - Ya jika anda siap dengan agenda, anda dapat memberikan rangka masa untuk pertemuan anda, tentunya anda boleh menentukan panjang-pendeknya bergantung pada pekerjaan yang anda perlukan untuk membincangkan.




5. Hadir Tepat Pada Waktunya - Jika kamu setuju pada tarikh dan masa tertentu , sebaiknya datang lebih awal, ini membolehkan anda untuk mendapatkan tempat di dalam bilik dan siap untuk mesyuarat. Ketepatan waktu ini sangat penting apabila berbicara tentang kecekapan.



Mungkin sebahagian besar dari anda sudah mempraktikkan tips di atas, artikel ini hanyalah
sebuah peringatan dan semoga bermanfaat. 






Saturday, July 10, 2010

Menentang Penyalahgunaan & Pengedaran Dadah

FIKIRKAN KESIHATAN - BUKANNYA DADAH
 (Tema )

Hai semua pembaca dan pengunjung tetap halaman ini, selamat sejahtera dan semoga semuanya beroleh keceriaan dan sehat-sehat sentiasa.  Terima kasih kerana menjadi pembaca pada halaman blog saya.

Hari ini Jumaat, pada pagi ini ada sedikit masa untuk mendraf artikel untuk diposkan ke halaman saya pada hari ini iaitu Menentang Penyalahgunaan Dan Pengedaran Dadah; samentara menantikan masa untuk mengambil balik anak-anak saya yang tersayang pulang dari kelas tambahan dan yang satu lagi dari kelas IQRA.

Sengaja saya meletakkan tip ini (iaitu Senarai Jenis-Jenis Dadah)  ke muka surat (page) yang khusus supaya senang di cari melalui - gadget- ditepi blog ini.

Sila Lawati:

Saya lakukan ini semata-mata untuk mengingatkan semuanya terutama pada diri saya sendiri, anak-anak dan keluarga saya yang di sayangi.  Semoga mereka terhindar dari perkara yang meruntuhkan akhlak ini.

Maklumat ini saya dapati dari akhbar resmi di negara saya sempena memperingati ``Hari Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram``dan saya ingin sekali mengongsikan bersama  mereka yang inginkan peringatan dan kepada pembaca-pembaca yang tidak ada kesempatan untuk membacanya dari akhbar berkenaan.

Didalam ``page -  Jenis-Jenis Dadah`` Saya hanya menyenaraikan jenis-jenis dadah, nama-nama lain yang digunakan, kesan sertamerta, kesan jangka panjang dan hukuman-hukuman mengikut akta.

Sabenarnya sejak tahun 1956 lagi sudah ada langkah pengawalan di negara saya sehingga sekarang pemantauan diketatkan lagi, semua pihak bertanggungjawab untuk sama-sama memantau dan melapurkan sebarang tanda-tanda penyalahgunaan dadah.  Tanda-tanda kesan  sampingan penyalahgunaan dadah dapat diketahui berpandukan dari tip di ``page:  - http://najwatip.blogspot.com/p/senarai-jenis-dadah.html .

Saperti yang di katakan dalam akhbar berkenaan lebih kurang 200 juta orang diseluruh dunia menggunakan dadah-dadah haram, iaitu bersamaan dengan 5% daripada penduduk global yang berumur di antara 15-64 tahun. 


Saya  bimbang sekali dengan taktik pengedaran masa kini. Mereka menggunakan taktik yang mana orang ramai tidak menyedarinya kerana sering menggunakan perangkap dengan ganjaran yang memang disukai oleh orang ramai. Dari itu berhati-hatilah terutamanya apabila melancung keluar negeri - pastikan semua beg dikunci supaya tidak memudahkan sindekit memasukkan apa-apa yang ditegah serta jangan terlalu baik hati untuk membawa pesanan atau kiriman daripada orang yang tidak dikenali dan tanpa mengetahui apa yang ada didalamnya.


Sekian  sampai jumpa lagi....








~~~~***~~~~


Tuesday, May 4, 2010

CIRI-CIRI ORANG YANG PALING RUGI

Orang-orang yang paling rugi dan bekal menyesal pada Hari Kiamat iaitu kumpulan yang tidak mengharapkan perlindungan Allah, serta menzalimi diri sendiri dan menyerahkan dirinya dalam asuhan syaitan. Ciri-cirinya saperti :


  •  
  • Melambat-lambatkan Taubat sehingga ajalnya tiba.
  •  
  • Menyia-nyiakan sembahyang. 
  •  
  • Mengkhianati janji dan membatalkannya.
  •  
  • Meratapi kematian.
  •  
  • Menerima rasuah.
  •  
  • Lari dari medan perperangan.
  •  
  • Berbuat kerosakan di bumi.
  •  
  • Tukang sihir.
  •  
  • Derhaka kepada kedua ibu bapanya.
  •  
  • Mengurangi timbangan.
  •  
  • Suka melaknat dan mengumpat.
  •  
  • Pendendam dan pendengki.
  •  
  • Riya` terhadap orang lain.
  •  
  • Menyakiti tetangganya.
  •  
  • Menyeksa pembantu dan merendahkan hamba sahaya.
  •  
  • Menyakiti manusia.